IKLAN

Jumaat, 30 September 2011

Tazkirah Jumaat

TAZKIRAH JUMAAT : 9 GOLONGAN WANITA YANG ADA DI NERAKA

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.




6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Isnin, 8 Ogos 2011

Tazkirah Ramadhan


Redha Allah Diatas Redha Ibu Bapa
Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam keatas baginda s.a.w. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Keredhaan Allah atau Mardhotillah adalah sesuatu yang diharapkan oleh sekalian hamba Allah yang beriman. Setiap amalan yang kita lakukan hendaklah dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah kerana tiada apa lagi ganjaran yang lebih tinggi melainkan redha Allah s.w.t ke atas kita semua. Dengan redha Allah barulah kita mendapat bantuan, pertolongan dan ganjaran dari Nya. Salah satu jalan meraih redha Allah adalah dengan mencari keredhaan ibu dan bapa kita.

Mencari keredhaan ibu bapa tampak seperti perkara kecil bagi muda-mudi Islam di zaman moden ini. Ada dari kita yang tidak menjaga adab dengan ibu bapa, ada yang mengaggap ibu bapa seperti rakan sebaya malah ada dari kita yang sanggup membentak dan menderhaka kepada kedua insan yang membesarkan kita dengan penuh susah dan payah. Mengundang kemarahan ibu bapa sama ertinya dengan mengundang kemarahan dan kemurkaan Allah s.w.t. Begitu juga sebaliknya.  Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya
bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)
Kemarahan ibu bapa kadang kala tidak terlihat di raut wajah mereka. Kita sama sekali tidak tahu mereka berkecil hati terhadap perilaku kita. Oleh kerana itu adalah menjadi kewajiban bagi kita semua untuk menjaga adab dan tingkah laku kita sebagai seorang anak setiap masa sebagaimana firman Allah s.w.t:
"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)
 
Cuba kita merenung kembali saat mereka membesarkan kita. Ketika itu kita hanyalah seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Tiada kekuatan dan tiada daya dan upaya tanpa pertolongan mereka. Bayangkan saat kita semua menangis ditengah malam, mereka bersengkang mata mendodoi dan menidurkan kita.Tiada istilah tidur nyenyak bagi mereka demi untuk memastikan kita tidur dengan baik. Adakah kita semua lupa saat itu?. Fikirkan kembali bagaimana mereka memberikan kita makan, tempat tinggal, pelajaran, duit dan segala macam kesenangan untuk membesarkan kita hingga kita menjadi diri kita sekarang ini. Fikirkah kita semua itu?.
 
Sekarang, saat kita membesar dan mempunyai kekuatan, daya dan kesenangan, mudah bagi kita melupakan jasa kedua ibu bapa. Sedangkan suatu masa dahulu kita hanya tahu menangis dan meminta. Ketika mereka tidak lagi berdaya, tubuh sudah lemah, rambut dipenuhi uban dan mata mulai kabur, mungkinkah bagi kita menjaga mereka sama seperti mereka menjaga kita sewaktu kita kecil?.

Fikirlah sejenak wahai diriku dan saudaraku sekalian. Ada benarnya pepatah mengatakan bahawa seorang ibu dan bapa boleh menjaga sepuluh orang anak dalam suatu masa namun sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu dan bapa. Itulah hakikat pahit yang perlu ditelan. Lihatlah wajah mereka, curahkanlah segala kasih sayang buat ibu dan bapa. Sesungguhnya mengasihi mereka membuahkan kemaafan dan keampunan dari Allah terhadap dosa kita. Ketika Abu Musa dan Abu Amir sampai ke Madinah dan berbai'ah kepada Rasulullah, maka Rasulullah bertanyakan keadaan isteri mereka ketika ditinggalkan. Mereka menjawab "Isteri saya tinggal bersama orang tuanya dan berbakti kepadanya" Rasulullah s.a.w berkata "Dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah s.w.t" Mereka bertanya kepada Rasulullah "Kenapa ya Rasulullah?." Baginda menjawab "Kerana dia berbakti kepada orang tuanya".
 
Hargailah ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada. Selagi mereka masih disisi kita, itu adalah anugerah Allah dan wajiblah kita menjaga mereka sebaik mungkin. Tanpa ibu dan bapa siapalah kita. Ucapkanlah kata sayang, tautkanlah bibit cinta dan rantaikanlah dengan rantaian kasih bersama mereka. Moga redha Allah bersama dengan kita kerana redhanya ibu bapa terhadap kita. insyaAllah.
-
Artikel iluvislam.com

IRON MAN © 2008. Design by :vio Templates Sponsored by: gold bola