IKLAN

Jumaat, 22 Januari 2010

Sardin Cap Ayam


Assalamualaikum,
Oleh kerana isu ini dah diperkatakan kami siarkan untuk makluman tuan-puan sekalian.
Assalamualaikum.
Tuan / Puan,
Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.
Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan tidak HALAL seperti daging katak.
Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undang pemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakan semua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label.
Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selain dari apa yang tertera di atas label produk tersebut.
Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada Senarai Pemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gam xanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.
Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan perbadanan-perbadanan HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut.
Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami di Malaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.
Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov.my ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat – A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.
Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.
Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.
Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantar emel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emel yang kami terima.
Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.
Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.
Wassalam.
Yang Benar,
Encik Mohammad Hisham Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line )

Sumber: Telok Bakong Online

Isnin, 18 Januari 2010

Bercuti di Padang,Indonesia - Hari Pertama


Pada 15/12/2009 aku bersama cikgu Aziz dan ustaz Hasmiezul telah pergi ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia dengan menaiki Air Asia. 8.00 am bertolak dari Ipoh menaiki Shuttle Bus di bercham menuju LCCT. 12.00pm sampai ke LCCT, check in dan pesawat berlepas pukul 2.30 pm.

 
Sampai di Minangkabau Airport pukul 2.30pm waktu indonesia. Waktu disana lewat 1 jam dari waktu Malaysia, jadi kena le set jam 1 jam ke belakang....
Sampai disana kami dikerumuni ulat-ulat yang nak menyewakan kereta..
Setelah selesai buat deal kami setuju untuk sewa avanza dari seorang mamat ni, nama dia Arman.. dia letak harga 1.8 juta rp untuk 3 hari sewa... mahal sangat tu..
Last-last dia setuju bagi 1.5 juta rp untuk 3 hari walaupun kami ada di sana 5 hari tapi dia
kira 3 hari saja sebab hari datang dan balik tak kira...ok le tu...    

 
Hari pertama ni kami terus ke Bukit Tinggi sebab di Padang tempat shopping dah tak banyak, rosak sebab gempa bumi..                                                                          
Jadi on the way nak ke bukit tinggi kami sempat singgah ke tempat orang buat parang (pandai besi). Di situ masih guna cara tradisional buat parang, kapak dan lain-lain.

 


Di tepi bengkel tu aku dengan cikgu Aziz ternampak sesuatu yang menarik.....
sebuah moto vespa yang telah telah diubah suai...siap ada tanduk kerbau lagi kat mudguard depan....apa lagi ambil gambar....benda pelik.....

Jumaat, 15 Januari 2010

Jam Omega (part 2)



Hasilnya selepas dibaikpulih, jarum saat telah dipasang semula
dengan jarum yang baru.





Back casingnya pun telah di tukar dengan yang baru hasil tangan
Apek Pak Teh

Rabu, 13 Januari 2010

PREVIEW JAM OMEGA

Jam omega yang dibeli sebelum dibaiki



IRON MAN © 2008. Design by :vio Templates Sponsored by: gold bola